Hampir semua kanak-kanak terkorban atau cedera dalam tragedi tembakan di pusat jagaan di timur laut Thailand pada Khamis lalu.
Paweenuch Supholwong, merupakan satu-satunya mangsa kanak-kanak yang langsung tidak diusik, sedang tidur nyenyak ketika serangan bermula, malah suspek menyangka kanak-kanak berusia tiga tahun itu sudah mati selepas dia melepaskan tembakan.